Sunday, November 9, 2008

PUBLIC MUTUAL MELANCARKAN DUA DANA ISLAM BARU BAGI SKIM PELABURAN AHLI KWSP

Monday 11/08/2008

KUALA LUMPUR 11 Ogos 2008 -- Anak Syarikat Milik Penuh Public Bank, Public Mutual Akan Melancarkan Dua Dana Islam Baru, Public Dana Islamic Select Enterprises (PISEF) Dan Public Dana Islamic Income (PI INCOME) Pada 14 Ogost 2008 (Khamis). PISEF Sesuai Bagi Para Pelabur Yang Ingin Mengambil Bahagian Dalam Pertumbuhan Modal Jangka Panjang Syarikat-syarikat Besar Patuh Syariah Di Pasaran Domestik Sementara PI INCOME Direka Bagi Para Pelabur Yang Ingin Menikmati Kestabilan Pendapatan Tahunan. PISEF Dan PI INCOME Terbuka Bagi Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata PISEF merupakan sebuah dana ekuiti Islam agresif yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal melalui pelaburan dalam 50 syarikat yang terbesar dari segi modal memenuhi kehendak Syariah. “Syarikat-syarikat besar ini biasanya bingkas secara relatif kerana rekod sejarah mereka yang baik, prospek pertumbuhan yangberdaya tahan disebabkan oleh saiz dan bahagian pasaran mereka yang kukuh serta mempunyai sumber kewangan yang kuat bagi mengharungi keadaan ekonomi yang mencabar,” tambah beliau.

Sementara itu, PI INCOME merupakan dana pendapatan tetap yang bermatlamat untuk menyediakan pendapatan tahunan untuk jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sukuk dan instrumen-instrumen pasaran wang Islam. ”PI INCOME
menawarkan peluang menyertai pasaran sukuk yang kian berkembang kerana pasaran ini biasanya hanya terbuka kepada pelabur-pelabur institusi. Sukuk dan instrumen-instrumen pasaran wang Islam memberikan aliran pendapatan stabil kepada para pelabur dengan keuntungan yang diagihkan tahunan,” kata Tan Sri Teh.

Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Teh menjelaskan bahawa PISEF adalah sesuai bagi para pelabur berjangka sederhana hingga panjang yang bersifat agresif dalam menerima risiko dan ganjaran. Pendedahan ekuiti PISEF adalah di antara 75%
hingga 90% daripada nilai aset bersih (NAB) dana. Sementara itu, PI INCOME adalah sesuai bagi para pelabur yang bersifat konservatif dalam menerima risiko dan ganjaran. Sehingga 60% daripada NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk di pasaran tempatan. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam instrumen-instrumen pasaran wang Islam.

Harga Tawaran Permulaan PISEF dan PI INCOME ialah sebanyak RM0.25 seunit dan RM1 seunit masing-masing di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 14 Ogos 2008 hingga 3 September 2008. Pelaburan permulaan minimum dana-dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum ialah RM100.

PISEF and PI INCOME diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual. Pelabur-pelabur yang berminat boleh menghubungi mana-mana perunding unit amanah Public Mutual atau dail Talian Perkhidmatan Pelanggan 03-6207 5000 untuk
mendapatkan maklumat lanjut mengenai dana-dana tersebut.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dan menguruskan sebanyak 64 dana untuk seramai lebih 1,800,000 pemegang akaun. Pada 30 Jun 2008, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat
tersebut adalah sebanyak RM26.6 bilion.

SUMBER Public Mutual

No comments: