Sunday, November 9, 2008

Apakah itu Public Mutual?

(sila klik untuk besarkan)

Public Mutual Berhad kini merupakan syarikat unit amanah swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia pada masa ini; menguruskan dana-dana bernilai RM26.3 bilion (Sumber: The Edge-Lipper, 18 Ogos 2008) dengan jumlah melebihi 1,800,000 pemegang akaun di seluruh negara. Ia hanya berada di tempat kedua di belakang Permodalan Nasional Berhad (PNB), jika syarikat unit amanah tajaan-kerajaan itu diambilkira.

Public Mutual Berhad telah diperbadankan pada 21 Julai 1975 merupakan perintis di dalam industri unit amanah dan telah melancarkan dana sulungnya, Public Savings Fund di dalam bulan Mac 1981. Sejak daripada itu, Public Mutual telah mempunyai pengalaman melebihi 28 tahun di dalam pengurusan unit amanah dan kini menguruskan enam puluh tujuh (67) dana dari pelbagai sektor di mana dua puluh empat (24) daripadanya adalah dana Islam.

Sebagai subsidiari kepada Kumpulan Public Bank, Public Mutual mewarisi budaya korporat berorientasi kecemerlangan Kumpulan Induknya serta integriti kewangan berpiawaian tinggi di dalam pengurusan dana unit amanahnya. Sehingga kini Public Mutual telah dinobatkan sebagai pemenang sebanyak 120 anugerah prestasi dana dari tahun 1999 dan kekal sebagai pengurus dana unit amanah yang menerima paling banyak anugerah prestasi dana di Malaysia.

Kekukuhan Kewangan dan Rekod Kecemerlangan

Public Mutual sebagai anak syarikat milik penuh Public Bank bersiap sedia memiliki budaya korporat berorientasikan kecemerlangan Kumpulan dan mempunyai integriti kewangan berpiawaian tinggi di dalam pengurusan dana-dana Unit Amanahnya.

Pasukan Pelaburan Public Mutual terdiri daripada sebuah kumpulan yang mengandungi 13 pengurus portfolio yang disokong lebih daripada 20 penganalisa pasaran pelaburan. Public Mutual mengamalkan falsafah pelaburan berasaskan nilai yang menggabungkan pendekatan dari Atas-ke-Bawah (Top-Down) dan Bawah-ke-Atas (Bottom-Up) di dalam proses pelaburan. Pendekatan Atas-Bawah mengambilkira faktor-faktor seperti pandangan makroekonomi, putaran perniagaan semasa, trend kadar faedah dan faktor-faktor ekonomi yang lain. Selepas menilai situasi pasaran secara keseluruhannya, pendekatan daripada Bawah-ke-Atas digunakan bagi membina portfolio dana.

PENASIHAT SYARIAH DANA ISLAM PUBLIC MUTUAL

IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd).

No comments: