Saturday, April 4, 2009

Kenapa melabur dalam unit trust?

Kenapa melabur dalam unit trust?

kepelbagaian: ini bermaksud, duit yang dilaburkan akan di pecah2 kan ke banyak portfolio termasuk stoks, bon, sekuriti, money market dan pelbagai lagi dibawah pengurusan fund manager. dengan cara ni, dpt mengurangkan risiko dan pulangan akan diperolehi pada risiko yang minima.

pengurusan yang profesional: dana aset akan di uruskan oleh pengurus dana (fund manager) profesional yang berpengalaman. pelaburan di buat based on extensive research, market analisa, dan pemerhatian yang terperinci dalam ekonomi.

kecairan: bermaksud pelabur boleh kluarkan semula wang yg dilaburkan dlm tempoh 10 hari waktu berkerja. tiada cas akan dikenakan bagi setiap pengeluaran.

senang: transaksi yang mudah untuk membeli dan menjual semula unit amanah. pelabur akan di update kan info mengenai pelaburan melalui interim report dan laporan tahunan.

Apa itu unit trust (unit amanah)?

unit trust ni ialah pengumpulan pelaburan yang dibuat oleh pelabur2, yang akan di'kolamkan' dlm objektif yng sama dbawah pengurusan fund managers yg profesional.

sbg contoh: pelabur A RM1K, pelabur B RM10K, pelabur C RM5K, pelabur D RM100K. semua duit tu akan diletakkan dibawah satu kolam, yng akan dilaburkan kedalam dana yg terpilih dibawah pengurusan fund managers yg ditetapkan.

dana tu nanti akan di laburkan dlam pelbagai portfolio, yg terdiri daripada ekuiti, fixed income sekuriti (bond), money market, bluechips, dan lain2 aset yg tertakluk kepada objektif pelaburan, dan telah diluluskan.

untuk dana islamik, pelaburan akan dipantau oleh IBFIM (Islamic Banking & Finance Institute of Malaysia) dibawah pengawasan Security Commission and BNM (Bank Negara Malaysia). Sebarang penyelewangan terhadap pelaburan, akan menyebabkan unit trust company to b closed (bungkus kedai hehe)

setelah pelaburan dijalan kan, keuntungan akan berbalik kepada pelabur dalam tiga bentuk.
1)capital gain
2)dividend
3)bonus

capital gain: cth, masa beli harga nav per unit RM0.30. slepas sesuatu jangka masa, harga nav per unit dah berubah menjadi RM0.40. maknanya dekat situ, u dah kaut keuntungan RM0.10 untuk setiap unit.

dividend: dividend biasanya akan diumumkan pada tahun berakhir kewangan untuk sesuatu dana. maksudnya peratus keuntungan yang diperolehi dari pelaburan kita tersebut. cth, investment RM10k, thun berakhir seterusnya, dividend declared 10%, so u dah untung RM1000.

bonus: bonus akan diberi dalam bentuk pertambahan unit. cthnya, setiap pelabur diberi tambahan 1% unit mengikut nilai nav yang terkumpul. tetapi bonus xsemestinya berlaku setiap tahun. dia bergantung kepada pasaran.


PEMEGANG AKAUN KWSP BERPELUANG MELABUR DALAM PUBLIC MUTUAL BERHAD BERMULA UMUR 18 TAHUN

1.4 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mempunyai simpanan asas simpanan iaitu jumlah simpanan yang terdapat di dalam Akaun 1 setiap pencarum.

Penetapan simpanan asas KWSP tidak boleh dikeluarkan sehingga pencarum berusia 55 tahun kecuali untuk tujuan tertentu.
Simpanan asas setiap pencarum KWSP adalah seperti berikut:-

Bagi umur 18 tahun (RM1,000)
Bagi umur 19 tahun (RM2,000)
Bagi umur 20 tahun (RM3,000)
Bagi umur 21 tahun (RM4,000)
Bagi umur 22 tahun (RM5,000)
Bagi umur 23 tahun (RM7,000)
Bagi umur 24 tahun (RM8,000)
Bagi umur 25 tahun (RM9,000)
Bagi umur 26 tahun (RM11,000)
Bagi umur 27 tahun (RM12,000)
Bagi umur 28 tahun (RM14,000)
Bagi umur 29 tahun (RM16,000)
Bagi umur 30 tahun (RM18,000)
Bagi umur 31 tahun (RM20,000)
Bagi umur 32 tahun (RM22,000)
Bagi umur 33 tahun (RM24,000)
Bagi umur 34 tahun (RM26,000)
Bagi umur 35 tahun (RM29,000)
Bagi umur 36 tahun (RM32,000)
Bagi umur 37 tahun (RM34,000)
Bagi umur 38 tahun (RM37,000)
Bagi umur 39 tahun (RM41,000)
Bagi umur 40 tahun (RM44,000)
Bagi umur 41 tahun (RM48,000)
Bagi umur 42 tahun (RM51,000)
Bagi umur 43 tahun (RM55,000)
Bagi umur 44 tahun (RM59,000)
Bagi umur 45 tahun (RM64,000)
Bagi umur 46 tahun (RM68,000)
Bagi umur 47 tahun (RM73,000)
Bagi umur 48 tahun (RM78,000)
Bagi umur 49 tahun (RM84,000)
Bagi umur 50 tahun (RM90,000)
Bagi umur 51 tahun (RM99,000)
Bagi umur 52 tahun (RM102,000)
Bagi umur 53 tahun (RM109,000)
Bagi umur 54 tahun (RM116,000)
Bagi umur 55 tahun (RM120,000)

Seorang pencarum berusia 25 tahun dan jumlah simpanan asasnya adalah lebih RM9,000, katakanlah RM14,000. Lebihan daripada RM5,000 itu sebanyak 20% @ RM1000 boleh dikeluarkan untuk dilaburkan dalam produk dan institusi yang diluluskan seperti Public Mutual Berhad.



Dana-dana Public Mutual Yang diBuka untuk Pelabur KWSP adalah seperti berikut:-

Equity Fund (Shariah)

Public Islamic Dividend Fund

Public Islamic Equity Fund

Public Islamic Optimal Growth Fund

Public Islamic Sector Select Fund

Public Islamic Select Treasure Fund



Balanced Fund (Shariah)

Public Islamic Balanced Fund


Money Market Fund (Shariah)

Public Islamic Money Market Fund

Friday, April 3, 2009

Dividen??

Hari ini saya ingin menerangkan serba sedikit tentang pengagihan keuntungan (atau biasanya dipanggil dividen) bagi pelaburan Unit Trust. Ini kerana, saya mendapati ramai yang masih keliru tentang bagaimana pengagihan ini dibayar.

Sebenarnya di dalam pelaburan Unit Trust, pelabur berpeluang untuk mendapat dua jenis keuntungan iaitu pertama dari segi kenaikan harga dan seterusnya dari segi pengagihan keuntungan (dividen). Formula untuk mengira jumlah pengagihan adalah seperti berikut:

Jumlah pengagihan = Jumlah pengagihan seunit*Jumlah unit

Sebagai contoh jika seorang pelabur telah melabur RM1055 di dalam dana PIOGF. Dengan itu, pelabur akan mendapat 4000 unit.

Jumlah Unit = (Jumlah Pelaburan-Caj Perkhidmatan)/Harga Seunit
= (RM1055-55)/RM0.25
= 4000 unit

Untuk dana PIOGF, Financial Year End adalah pada 31 Jan.

Jika pada 31 Jan 2009 Public Mutual mengumumkan jumlah agihan seunit bagi dana ini adalah 2sen (RM0.02), maka jumlah yang diperolehi adalah seperti berikut:

Jumlah Pengagihan = Jumlah Agihan Seunit*Jumlah Unit
= RM0.02/unit*4000unit
= RM80

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah walaupun pelabur yang membeli dana baru akan mendapat lebih unit (kerana harga seunit lebih murah) tetapi tak bermakna ia akan mendapat jumlah pengagihan yang lebih. Ini kerana jumlah pengagihan juga dipengaruhi oleh jumlah agihan seunit.

Sebagai maklumat tambahan, biasanya jumlah agihan seunit untuk dana lama adalah tinggi berbanding dana baru. Sebagai contoh, agihan untuk Public Ittikal (dilancarkan pada April 1997) pada tahun lepas adalah sebanyak 9sen@RM0.09 seunit manakala agihan untuk PIADF (dilancarkan pada April 2007) baru-baru ini cuma sebanyak 0.4sen@RM0.004.

Harap penjelasan ini dapat menjernihkan kekeliruan berhubung pembayaran pengagihan di dalam pelaburan unit trust.

Contact your Islamic unit trust consultant :
Mr Suhaidi: 016- 2664208 @ genius_sanz@yahoo.co.uk