Wednesday, November 19, 2008

There's hope even for your unit trust

KUALA LUMPUR: Unit trust fund holders can still get their money back in the event of a bank failure because their money is held separately by a trustee.

The amount would depend on the performance of their fund in the market -- be it a profit or loss.

"It's not a problem at all," said Federation of Malaysian Unit Trust Managers council member Cheah Chuan Lok.

"They can get back the money even if their fund manager, or what we call counter-party, goes bust.

"The beauty of unit trust is that the fund managers don't have control of the money. They only direct the investment for their clients."
Each fund will have its own trustee, so the trustee custodies the assets.

The prospectus of each unit trust fund would spell out which trustee is responsible for the fund, which is a different bank.

For example, he said, the money collected from investors in AmFund would not be given to AmTrustee.

"So if AmFund goes bust, none of the money would be with us -- it'd be with our trustee, HSBC Trustee.

"And even if HSBC Bank fails, HSBC Trustee's money is ring-fenced in the sense that it's here in Malaysia and it is set aside as clients' money and has nothing to do with HSBC at all."

The trustee's job is to call for a meeting with the fund investors to ask them what they want to do with their money -- either find a new fund manager or return the money to them.

"That's their job. If they don't do it and if the unit holder has sent notices to them and if there's a further loss because of the trustee's delay in calling for a meeting, then the unit holder can sue the trustee for negligence.

"So it'd be silly to drag it out. They would call for the meeting within a reasonable amount of time."

The unit holder can also bring the matter to the attention of the Securities Commission, as unit trusts are under its purview.(NST/5 Oct 08)

Contact your Islamic unit trust consultant :
Mr Suhaidi: +6016 2664208 @ genius_sanz@yahoo.co.uk

Monday, November 10, 2008

Pelabur..Bijak?Paling Bijak?Tidak Bijak?? Anda yang mana??

Golongan kurang bijak :
Selalunya pelabur ini akan panik melihat kejatuhan harga unit yang berlarutan selama beberapa hari.

Tindakan yang akan mereka lakukan ialah dengan menjual semua unit tersebut kerana menganggap Unit Amanah itu tidak menguntungkan dan pasaran yang tidak stabil. Oleh kerana mereka menjual semua unit tersebut, sudah tentu mereka mengalami kerugian. Contohnya :

Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2327. Jumlah unit 40,000 unit.

Kos : RM0.2500 x 40,000 = RM10,000
Jual : RM0.2327 x 40,000 = RM9,308
Rugi : RM10,000 - RM9,308 = (RM692)

Golongan bijak :
Biasanya pelabur ini akan membiarkan pelaburan mereka dengan mengharapkan harga unit akan naik semula. Ini kerana pelaburan mereka adalah berjangka panjang (lebih dari 3 tahun).

Apabila harga naik semula pada aras yang lebih tinggi, mereka menjual semula unit tersebut untuk mendapatkan keuntungan walaupun ianya sedikit. Contohnya :

Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit,

Kos : RM0.2500 x 40,000 unit = RM10,000
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung kasar : RM11,220 - RM10,000 = RM1,220 (12.2%)

Golongan paling bijak :
Mereka ini biasanya akan mengambil kesempatan atas kejatuhan harga unit untuk menambah jumlah unit yang sedia ada. Ini bertujuan untuk merendahkan nilai kos seunit pada harga asal seterusnya memaksimumkan keuntungan di penghujung pelaburan.

Ini adalah konsep asas yang diamalkan oleh pelabur paling bijak iaitu “beli semasa harga rendah dan jual pada harga tinggi”.

Contohnya :-
Harga semasa beli RM0.2500 sebanyak 20,000 unit dan beli lagi pada harga RM0.2200 sebanyak 20,000 unit. Jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit.

Kos (1) : RM0.2500 X 20,000 unit = RM5,000
Kos (2) : RM0.2200 x 20,000 unit = RM4,400
Jumlah kos : RM9,400, harga purata seunit = RM0.2350
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung : RM11,200 - RM9,400 = RM1,820 (18.2%)

Pilihan adalah ditangan ANDA !!!!

Suhaidi Jamiun - Public Mutual Islamic Unit Trust Consultant
016-2664208

Sunday, November 9, 2008

Apakah itu Public Mutual?

(sila klik untuk besarkan)

Public Mutual Berhad kini merupakan syarikat unit amanah swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia pada masa ini; menguruskan dana-dana bernilai RM26.3 bilion (Sumber: The Edge-Lipper, 18 Ogos 2008) dengan jumlah melebihi 1,800,000 pemegang akaun di seluruh negara. Ia hanya berada di tempat kedua di belakang Permodalan Nasional Berhad (PNB), jika syarikat unit amanah tajaan-kerajaan itu diambilkira.

Public Mutual Berhad telah diperbadankan pada 21 Julai 1975 merupakan perintis di dalam industri unit amanah dan telah melancarkan dana sulungnya, Public Savings Fund di dalam bulan Mac 1981. Sejak daripada itu, Public Mutual telah mempunyai pengalaman melebihi 28 tahun di dalam pengurusan unit amanah dan kini menguruskan enam puluh tujuh (67) dana dari pelbagai sektor di mana dua puluh empat (24) daripadanya adalah dana Islam.

Sebagai subsidiari kepada Kumpulan Public Bank, Public Mutual mewarisi budaya korporat berorientasi kecemerlangan Kumpulan Induknya serta integriti kewangan berpiawaian tinggi di dalam pengurusan dana unit amanahnya. Sehingga kini Public Mutual telah dinobatkan sebagai pemenang sebanyak 120 anugerah prestasi dana dari tahun 1999 dan kekal sebagai pengurus dana unit amanah yang menerima paling banyak anugerah prestasi dana di Malaysia.

Kekukuhan Kewangan dan Rekod Kecemerlangan

Public Mutual sebagai anak syarikat milik penuh Public Bank bersiap sedia memiliki budaya korporat berorientasikan kecemerlangan Kumpulan dan mempunyai integriti kewangan berpiawaian tinggi di dalam pengurusan dana-dana Unit Amanahnya.

Pasukan Pelaburan Public Mutual terdiri daripada sebuah kumpulan yang mengandungi 13 pengurus portfolio yang disokong lebih daripada 20 penganalisa pasaran pelaburan. Public Mutual mengamalkan falsafah pelaburan berasaskan nilai yang menggabungkan pendekatan dari Atas-ke-Bawah (Top-Down) dan Bawah-ke-Atas (Bottom-Up) di dalam proses pelaburan. Pendekatan Atas-Bawah mengambilkira faktor-faktor seperti pandangan makroekonomi, putaran perniagaan semasa, trend kadar faedah dan faktor-faktor ekonomi yang lain. Selepas menilai situasi pasaran secara keseluruhannya, pendekatan daripada Bawah-ke-Atas digunakan bagi membina portfolio dana.

PENASIHAT SYARIAH DANA ISLAM PUBLIC MUTUAL

IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd).

PUBLIC MUTUAL MELANCARKAN DUA DANA ISLAM BARU BAGI SKIM PELABURAN AHLI KWSP

Monday 11/08/2008

KUALA LUMPUR 11 Ogos 2008 -- Anak Syarikat Milik Penuh Public Bank, Public Mutual Akan Melancarkan Dua Dana Islam Baru, Public Dana Islamic Select Enterprises (PISEF) Dan Public Dana Islamic Income (PI INCOME) Pada 14 Ogost 2008 (Khamis). PISEF Sesuai Bagi Para Pelabur Yang Ingin Mengambil Bahagian Dalam Pertumbuhan Modal Jangka Panjang Syarikat-syarikat Besar Patuh Syariah Di Pasaran Domestik Sementara PI INCOME Direka Bagi Para Pelabur Yang Ingin Menikmati Kestabilan Pendapatan Tahunan. PISEF Dan PI INCOME Terbuka Bagi Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata PISEF merupakan sebuah dana ekuiti Islam agresif yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal melalui pelaburan dalam 50 syarikat yang terbesar dari segi modal memenuhi kehendak Syariah. “Syarikat-syarikat besar ini biasanya bingkas secara relatif kerana rekod sejarah mereka yang baik, prospek pertumbuhan yangberdaya tahan disebabkan oleh saiz dan bahagian pasaran mereka yang kukuh serta mempunyai sumber kewangan yang kuat bagi mengharungi keadaan ekonomi yang mencabar,” tambah beliau.

Sementara itu, PI INCOME merupakan dana pendapatan tetap yang bermatlamat untuk menyediakan pendapatan tahunan untuk jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sukuk dan instrumen-instrumen pasaran wang Islam. ”PI INCOME
menawarkan peluang menyertai pasaran sukuk yang kian berkembang kerana pasaran ini biasanya hanya terbuka kepada pelabur-pelabur institusi. Sukuk dan instrumen-instrumen pasaran wang Islam memberikan aliran pendapatan stabil kepada para pelabur dengan keuntungan yang diagihkan tahunan,” kata Tan Sri Teh.

Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Teh menjelaskan bahawa PISEF adalah sesuai bagi para pelabur berjangka sederhana hingga panjang yang bersifat agresif dalam menerima risiko dan ganjaran. Pendedahan ekuiti PISEF adalah di antara 75%
hingga 90% daripada nilai aset bersih (NAB) dana. Sementara itu, PI INCOME adalah sesuai bagi para pelabur yang bersifat konservatif dalam menerima risiko dan ganjaran. Sehingga 60% daripada NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk di pasaran tempatan. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam instrumen-instrumen pasaran wang Islam.

Harga Tawaran Permulaan PISEF dan PI INCOME ialah sebanyak RM0.25 seunit dan RM1 seunit masing-masing di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 14 Ogos 2008 hingga 3 September 2008. Pelaburan permulaan minimum dana-dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum ialah RM100.

PISEF and PI INCOME diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual. Pelabur-pelabur yang berminat boleh menghubungi mana-mana perunding unit amanah Public Mutual atau dail Talian Perkhidmatan Pelanggan 03-6207 5000 untuk
mendapatkan maklumat lanjut mengenai dana-dana tersebut.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dan menguruskan sebanyak 64 dana untuk seramai lebih 1,800,000 pemegang akaun. Pada 30 Jun 2008, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat
tersebut adalah sebanyak RM26.6 bilion.

SUMBER Public Mutual

Pelaburan Yang Sah & Halal

Apakah unit amanah (Unit Trust)?

Unit amanah semakin popular beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana unit amanah merupakan jalan bagi pelabur kecil untuk meluaskan kepelbagaian pelaburan tanpa perlu had jumlah wang yang dilaburkan. Manfaatnya pula bukan setakat itu sahaja.
Tetapi, apakah unit amanah?
Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan




Pengurusan dana

Dana diurus oleh sekumpulan pengurus profesional (dikenali sebagai syarikat unit amanah) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan untuk mencapai objektif dana. Disebabkan jumlah besar wang terkumpul, pengurus dana boleh mempelbagaikan pelaburan dan ini boleh meminimumkan risiko pelaburan.

Pendapatan

Jumlah aset dana menentukan nilai dana dan harga dibayar oleh pemegang unit atau jumlah yang diterima apabila mereka menebus unit. Dana unit amanah memperoleh pendapatan daripada pelbagai pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada pemegang saham mengikut nisbah pegangan unit mereka, dalam bentuk dividen atau unit bonus. Apabila dana mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan sekuriti yang dibuat, maka pendapatan dana ini diagih kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana itu hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen. Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung pada kemampuan syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividen pada setiap tahun. Tetapi, tidak semestinya dividen itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan

  • Suhaidi Jamiun- public mutual islamic unit trust consultant
  • 016-2664208

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di sini, saya ingin menawarkan khidmat nasihat perancang kewangan kepada individu yang berminat untuk membuat pelaburan di Public Mutual .

Kelebihan Pelaburan di Public Mutual, pulangan (return) yang tinggi – sekitar 20% to 50% ke atas dalam masa setahun hingga 3 - 5 tahun.

Public Mutual pelaburan swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia - Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30

Modal permulaan serendah RM 1000(permulaan).

Penambahan boleh di lakukan bila-bila masa minimum tambahan pelaburan RM 100. Kemudahan simpanan jangka panjang yang flexible.

Produk Pelaburan Islam Public MutualAnda boleh memilih mana-mana fund yg sesuai berdasarkan pulangan dan risiko yang anda mahu.
-Public Islamic Equity Fund (PIEF)
-
Public Islamic Opportunities Fund (PIOF)
-
Public Islamic Dividend Fund (PIDF)
-
Public Islamic Balance Fund (PIBF)
-Public Asia Ittikal Fund (PAIF)
-
Public China Ittikal Fund
-Public Islamic Asia Dividend Fund


Jika berminat untuk membuat pelaburan dalam Unit Amah ( Unit Trust) boleh hubungi/SMS?emel saya. Ingat, bertindak sekarang untuk membuat pelaburan/simpanan demi kesenangan pada masa hadapan.

Dan kepada mereka yang berminat untuk menjadi Consultant/Perunding di Public Mutual saya sedang mencari invidu yang berminat untik dilatih sebagi consultant.

  • Suhaidi Jamiun- public mutual islamic unit trust consultant
  • 016-2664208
Bagi yang berminat, tinggalkan nama & no. telefon anda di ruang komen di bawah.